BUKU TERLARIS NEW YORK TIMES NOMBOR 1!
Perubahan Kecil, Hasil Luar Biasa!
Dalam buku ini, seorang penulis dan penceramah yang terkenal dalam topik pembentukan tabiat, James Clear bakal menjelaskan secara dasar tentang perubahan kecil yang sering kali dianggap remeh tetapi sebenarnya memberikan hasil yang luar biasa dalam kehidupan. Buku ini juga mengandungi strategi praktikal yang megajar anda cara yang betul untuk membentuk tabiat baik dan menghentikan tabiat buruk.
Melalui buku ini anda akan pelajari cara:
-
meluangkan masa untuk tabiat baharu (walaupun ketika sibuk);
-
mengatasi kekurangan motivasi dan kemahuan;
-
mereka bentuk persekitaran anda untuk menjadikan kejayaan lebih mudah dicapai;
-
kembali ke landasan apabila anda menyimpang keluar;
... dan banyak lagi.
James Clear juga bakal mendedahkan tiga peringkat perubahan dengan cara yang paling berkesan untuk mengubah tabiat dengan menetapkan identiti diri anda sendiri bukan dengan memberi tumpuan kepada apa yang anda ingin capai. Clear juga memperkenalkan empat Peraturan Perubahan Tingkah Laku untuk membantu mengubah tingkah laku manusia iaitu menjadikannya kelihatan, menjadikannya menarik, menjadikannya mudah, menjadikannya memuaskan.
Tabiat Atomik, sebuah buku yang akan membentuk semula cara anda berfikir tentang kemajuan dan kejayaan serta memberi anda alat dan strategi yang anda perlukan untuk mengubah tabiat anda - sama ada anda pasukan yang ingin memenangi kejuaraan, sebuah organisasi yang berharap untuk mentakrifkan semula industri atau hanya seorang individu yang ingin berhenti merokok, menurunkan berat badan, mengurangkan tekanan, atau mencapai matlamat lain.