Good Vibes, Good Life
Bagaimana mencintai diri anda sendiri dapat membuka kunci kehebatan dalam hidup anda.
Tarikan Jualan:
1. Diterjemahkan dalam pelbagai bahasa (39 bahasa) dan terjual lebih daripada 1 juta salinan di seluruh dunia.
2. #1 SUNDAY TIMES BESTSELLER. Lebih dari 100 minggu tersenarai dalam Sunday Times Bestseller.
3. Vex King adalah salah seorang tokoh yang paling dihormati di Instagram dalam bidang swacinta dan positiviti.
4. Buku ini mengajar cara menerokai kuasa pemikiran positif. Dengan menggariskan teknik mudah untuk mengubah corak pemikiran, buku ini mendedahkan bagaimana setiap individu dapat mengawal kebahagiaan dan masa depan mereka.
5. Sesuai untuk semua kalangan pembaca, bukan sahaja untuk ulat buku tetapi juga untuk mereka yang sedang belajar mencintai diri sendiri dan mencapai kebahagiaan jangka panjang.
Jadilah versi terbaik untuk diri anda yang BOLEH anda capai!
Bagaimana anda boleh belajar untuk benar-benar mencintai diri sendiri?
Bagaimana anda boleh mengubah emosi negatif kepada emosi positif?
Mungkinkah kita boleh mencari kebahagiaan yang kekal?
Dalam buku ini, pakar Instagram, Vex King, akan menjawab semua soalan ini dan banyak lagi soalan lain. Vex telah mengharungi pelbagai dugaan dalam hidup dan beliau telah mengambil iktibar daripada pengalaman lalunya. Melalui buku ini, beliau ingin berkongsi dengan kita dan memberi inspirasi kepada anda untuk:
● Amalkan penjagaan diri, atasi tenaga negatif dan utamakan kesejahteraan anda
● Memupuk tabiat gaya hidup yang positif, termasuk hidup dengan kesedaran dan meditasi
● Mengubah kepercayaan anda untuk menjemput peluang besar ke dalam hidup anda
● Mewujudkan matlamat anda menggunakan teknik-teknik yang telah diuji keberkesanannya
● Mengatasi rasa takut dan mengalir bersama Alam Semesta
● Mencari tujuan hidup anda yang lebih tinggi dan menjadi cahaya yang menerangi orang lain
Dalam buku ini juga, Vex King akan menunjukkan kepada anda bahawa apabila anda mengubah cara anda berfikir, merasa, bercakap, dan bertindak, anda boleh mula mengubah dunia.