Pengembaraan Jualan RM1,000,000 Yang Pertama
Jualan RM1,000,000 adalah impian dan gol kebanyakan usahawan yang mahu jenama, syarikat dan perniagaaan mereka kekal berjaya untuk tempoh masa yang lama. Namun apa yang berlaku ialah, usaha kita kelihatan seperti hit-and-miss. Lantas kita melihat kepada mereka yang benar-benar berjaya dan segera bertanya kepada diri sendiri;
"Bagaimana beliau melakukannya?"
"Apakah rahsianya?"
Apa kata jika ada seseorang yang telah bekerja dan berjaya membantu usahawan mencapai RM1 juta tampil untuk berkongsi rahsia tersebut? Apa kata jika beliau sanggup membantu memimpin anda dengan apa yang terjadi di sebalik kejayaan mereka?
Buku ini mengupas kaedah, tips dan formula untuk menjalankan jualan dan pemasaran bagi jenama yang mahu membuat pernigaaan online. Bagi memudahkan pembacaan dan pemahaman, buku ini memperkenalkan konsep 2 sayap.
Apakah konsep 2 sayap yang dimaksudkan itu? Bagaimana konsep
ini membantu usahawan mencapai jualan RM1 juta?
Buku ini bakal menjawab semua persoalan tersebut.
----------------------------------------------------------
Amirul Mumin merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan Social Leap Sdn. Bhd. Ia merupakan agensi pemasaran digital yang telah membantu ramai usahawan on-track dalam perjalanan mereka mencapai jualan RM1 juta yang pertama.